Wednesday, February 20, 2008

Tuesday, February 19, 2008

My School



SEJARAH DAN PROFIL SMK TAMAN RIA JAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya (SMKTRJ) ditubuhkan pada 20 Januari 2000. Bilangan pelajar pada ketika itu hanya 728 orang sahaja manakala bilangan guru pula adalah seramai 36 orang.

Semua kelas peralihan dan sebahagian daripada tingkatan 1 dan 2 (125 orang) telah dipindahkan ke SMK Pengkalan Lebai Man mulai 1 Februari 2000.

Pengetua pertama SMK Taman Ria Jaya ialah Tuan Haji Mohd Nor bin Salleh (mulai 01-01- 2000 hingga 31-05-2002) . Beliau telah digantikan pula oleh Tuan Haji Sudin bin Said (mulai 01-06-2002 hingga 05-12-2006) setelah Tuan Haji Mohd Nor bertukar ke SMK Pengkalan Lebai Man. Pengetua yang memegang tampok pentadbiran SMKTRJ selepas Tuan Haji Sudin bersara wajib pada tahun 2006 ialah Puan Rosnah binti Ismail yang mula bertugas pada 16 Disember 2006 sehingga kini .

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya terletak di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, dalam Daerah Kuala Muda. Keluasan kawasannya ialah 10.9 ekar. Kod sekolah SMKTRJ ialah KEA 3114.

Pada masa kini (2007) , jumlah pelajarnya mencecah 1975 orang (sesi pagi dan petang) dengan jumlah pendidik seramai 102 orang. Bilangan kelas adalah sebanyak 56 buah (30 buah kelas sesi pagi dan 26 buah kelas sesi petang) . Terdapat 11 orang kakitangan sokongan dan 4 orang pembantu am.

Tingkatan peralihan, tingkatan satu dan tingkatan 2 menjalani sesi persekolahan di sebelah petang di bawah seliaan penolong kanan petang..

Moto SMKTRJ ialah ‘Berilmu, Beriman, Berbakti’. Visi sekolah yang didokong oleh semua warganya pula ialah ‘ SMK Taman Ria Jaya akan menjadi antara 5 sekolah menengah harian terbaik di daerah Kuala Muda/Yan menjelang 2010’.